Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Bengkel Penulisan Super : Individu

Syukur kepada Allah. Selesai ‘Bengkel Penulisan Super’ pada 03 Januari 2013. Sebuah bengkel pembuka tirai untuk tahun ini.

Bengkel dijalankan di Negeri Dumyat, Mesir.

Hari ini pesertanya ialah Tuan Ghazali Ad-Dumyati, seorang graduan Syariah Universiti Al-Azhar.

Teknik yang didedahkan kepada Tuan Ghazali ialah :

  1. Teknik Penulisan untuk si Dummy
  2. Teknik Penulisan Kj Methode & Sticky Note
  3. Teknik Penulisan Fasa Mekah & Madinah
  4. Teknik merancang penulisan menggunakan Mind Map

Disamping itu, bengkel juga mendedahkan Tip Penulisan Super! Alhamdulillah. Segalanya selesai selepas 4 jam.

 gambar

Sunday, December 23, 2012

Kursus Penulisan : Kelab IKRAM Mesir

 (Lagi gambar kursus, Klik)

Kursus Penulisan kali ini diadakan di Hayyu Asyir, Mesir. Peserta-pesertanya terdiri dari 22 orang ahli Kelab IKRAM Mesir.

Selaku penyampai, saya merasa suatu keselesaan apabila mengelolakan peserta yang sudah bersedia menulis. Apabila diberi tugasan "MindMap", ternyata mereka berjaya menyusun suatu pelan rancangan menulis yang baik.

Saya pasti, mereka tekun mendengar penyampaian. Oleh itu, mereka  berjaya memahami kehendak penulisan "Fasa Mekah".

Mereka ini, (Insyaallah) akan mempunyai satu manuskrip lengkap pada 3 bulan akan datang. Nantikan!
___________
Syihabudin Ahmad,
Jurulatih Kursus Penulisan - Mesir.

Detik. Tulis.

Jari jemari berlari-lari,
Meniti hidup tanpa digari,
Mungkin nanti aku mati,
Biar terus aku diingati.

Menulis.

Kerana Tuhan aku tulis.
Kerana cinta tidak berkalis,
Kerana sayang si Alis,
Lalu ku mula detik - tulis.

________
Syihabudin Ahmad,
Dumyat, Mesir.
23/12/12