Showing posts with label Tip Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Tip Penulisan. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Antara Popular & Super

Yang popular itu tidak semestinya super. Yang super itu tidak semestinya popular....


Tetapi, kebiasaan yang super akan menjadi popular.


Nama-nama penulis yang banyak naik hari ini, belum tentu mereka super. Nak tahu siapa yang super? Kebanyakkan mereka telah meninggal dunia.
Mereka meninggalkan usia mereka, Tapi manusia terus mengingati mereka.


Contoh?


Ahmad bin Abi Duat, seorang yang popular di zaman Khalifah Al-Makmun dan Muktasim. Dia seorang Muktazilah. Mufti negara ketika itu.


Dia menantang seorang yang tidak popular. Bernama Ahmad bin Hambal. Tetapi Ahmad bin Hambal seorang yang super! Sarjana jaguh yang dinukil kata-katanya.


Dia menentang Ahmad bin Abi Duat sehingga dia dihukum dan disebat atas perintah pemerintah ketika itu.


Selepas kedua-duanya meninggal dunia. Orang tidak berapa kenal siapakah itu Ahmad bin Abi Duat. Tetapi orang kenal siapa itu Ahmad bin Hambal. Seorang pengasas Mazhab Hambali. Seorang tokoh Hadis. Seorang pejuang Ahli Sunnah wal jamaah.


Justeru, jika kita popular pada hari ini, belum tentu kita akan popular di masa akan datang. Bahkan, bimbang pula kita dicemuh di hari kemudian.

Thursday, December 27, 2012

Tatabahasa : Penggunaan “di antara” dan “antara”

Penggunaan “di antara” :

  1. Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama.
  2. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.

Contohnya:

  • Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya.
  • Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Penggunaan “antara”

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan.

Contohnya:

  • Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.
  • Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang.

Contohnya:

  • Antara lagu persembahannya ialah... (betul).
  • Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu.

Contohnya:

  • Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu (seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya), kata bilangan tidak tentu (seperti beberapa, semua dan sebagainya), dan kata bilangan himpunan (seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya).

Contohnya:

  • Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya.

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya.

Contohnya:

  • Antara mereka, banyak persamaannya.

 

________________

Rujukan : (Klik)

Sunday, December 23, 2012

Tip Menulis Buku : 3 Bulan 1 Buah

Untuk menulis sebuah buku , anda mestilah menulis lebih dari 48 muka surat. Namun, terlebih baik jika anda menjadikan 100 muka surat sebagai neraca ukur. Ayuh, kita kira!

3 Bulan = 100 m/s

3 Bulan (28harix3) = 84hari
3 Bulan = 12 Minggu
1 Minggu = 9 m/s
3 Bulan =  108 m/s

Maka: Disiplinkan diri anda menulis 1 Minggu sebanyak 9 muka surat. Atau 1 hari, 2 muka surat. 

Menurut pengalaman saya dalam bidang penulisan, beberapa fakta menunjukkan anda mampu menulis dengan lebih cepat:

(1) Dalam 1 Minggu, seorang boleh menulis lebih dari 10 muka surat ( Disiplin : 1 hari, 2 muka surat)
(2) Jika anda menfokuskan 100 muka surat pada awalnya, nanti anda akan dapati penulisan anda lebih dari itu.
(3) Minat, idea, dan input yang terkadang banyak menyebabkan penulisan lebih pantas.

Justeru, terus menulis.

Detik. Tulis.

Jari jemari berlari-lari,
Meniti hidup tanpa digari,
Mungkin nanti aku mati,
Biar terus aku diingati.

Menulis.

Kerana Tuhan aku tulis.
Kerana cinta tidak berkalis,
Kerana sayang si Alis,
Lalu ku mula detik - tulis.

________
Syihabudin Ahmad,
Dumyat, Mesir.
23/12/12